Isnin, 8 Jun 2009

Berpindah tempat kerja

Mulai 1 April 2009, saya telah ditukarkan ke Sekolah baru ( Kenaikan Pangkat ) sebagai Ketua Bidang Sains Kemasyarakataan di SMK Kayu Ara Pasong. Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada saya. Pada mulanya agak kekok memegang jawatan baru kerana lebih kurang 13 tahun di SMK Dato' Penggawa Barat saya menjalankan tugas sebagai Guru disiplin tetapi setelah hampir 2 bulan semuanya rasa ok. Walaupun suasana dan persekitaran baru ini agak berbeza dengan sekolah lama tetapi sekarang saya rasa sangat selesa di sekolah baru terutama kerana rakan-rakan guru disek ini semuanya memberikan kerjasama terutamanya Tuan Pengetua, En. Juahir Bin Jumaat, GPK 1Pn. Hjh. Zainuriah,GPK HEM En. Razali Bin Mustamar,GPK KoKo En. Ismail Bin Ketang, Rakan-rakan ketua bidang dan guru-guru yang lain.
Kepada Rakan-rakan di SMK Dato' Penggawa terutamanya Tuan Pengetua, Tn. Hj. Hashim Bin Md Dom, Gpk 1 En. Karim Bin Sudir,Gpk HEM Tn. Hj. Razi Bin Md Jidi, GPK KoKo Tn. Hj. Azhar Bin Ahmad, Rakan-rakan guru disiplin yang berdedikasi Pn. Hjh. Norhayatunisa Bt. Nordin, Cik Norhamizah Bt A. Talib, En. Zahari Zait, rakan-rakan rapat Tn. Hj. Kahar, En. Jaszari, En. Zahari Manan dan semua guru serta staf sokongan TERIMA KASIH yang tidak terhingga kerana kerjasama serta sokongan yang diberikan selama saya mengajar di Dato' Penggawa Barat. Kenangan serta pengalaman bersama tuan/puan akan saya sematkan dalam hati saya sebagai sejarah manis dalam hidup.
Bagi bekas pelajar-pelajar saya di 5AK, 5AS, 5CA , 5CE , 5KA dan 6 bawah KA (2008) di SMKDPB cikgu doakan kamu semua cemerlang dalam SPM terutama subjek Sejarah. Untuk Pengawas-pengawas SMKDPB sesi 2008/2009 teruskan bakti anda dan cikgu doakan anda akan cemerlang dalam SPM & STPM dan akan menjadi pemimpin yang baik suatu masa nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan