Isnin, 8 Jun 2009

Majlis perjumpaan keluarga...




Baru-baru ini pada 6 Jun 2009 ( Sabtu malam Ahad ) satu majlis perjumpaan keluarga telah diadakan sempena perpindahan saya kerumah baru di PTD 4723 JALAN PT. LAPIS API-API, JALAN KAYU ARA PASONG, 82010 PONTIAN. Semua ahli keluarga sebelah saya dan isteri saya telah hadir. Majlis dimulakan dengan tahlil ringkas yang dipimpin oleh abang sulong saya


iaitu Tn. Hj. Tukenon dan disertai oleh ahli keluarga yang lain.Majlis pada malam tersebut sangat meriah terutama semasa majlis jamuan. Konsep barbeque yang saya adakan sangat berjaya kerana ianya dapat merapatkan lagi hubungan kekeluargaan antara kami. Dalam majlis tersebut hanya keluarga Abang Musa, Jamil,Abang Haron, Kak Chik dan amin saja yang tak dapat hadir kerana mereka ada komitmen lain yang tak dapat dielakkan.Saya rasa sangat terharu dengan kehadiran dan sokongan ahli keluarga saya hinggakan semasa membuat ucapan, saya terhenti beberapa kali kerana menahan rasa rasa sebak. Kesempatan ini saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga saya yang telah sudi hadir ke majlis yang saya anjurkan.






Inilah rumah baru saya yang terletak di Jalan Pt. Lapis Api-Api,Jalan Kayu Ara Pasong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan